Saturday 31 December 2011

Eksperimen Dengan Air















                                                             

      

Saturday 19 November 2011

kempen alam sekitar


 
Earth Hour : Kempen Kesedaran Pemanasan Global


Pengenalan dan Sejarah Kempen
Pada 28 Mac setiap tahun, sambutan Earth Hour sedunia akan disambut dengan memadamkan suis lampu dan peralatan elektrik yang lain bermula pada jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam. Kempen yang mula digerakkan oleh Tabung Hidupan Liar (WWF) Australia itu telah dilancarkan dan dilaksanakan pertama kali yang hanya melibatkan bandar raya Sydney pada 28 Mac 2007. Hampir seluruh dunia  dimana negara-negara yang menyertai kempen ini termasuklah monumen-monumen seperti Menara Eiffel di Perancis, Jambatan Sydney Harbour dan Opera House di Sydney, Jambatan Golden Gate di San Francisco, bangunan tertinggi Amerika Syarikat, Menara Sears di Chicago hinggalah Menara Kuala Lumpur dan bangunan Angkasapuri bergelap selama satu jam bersempena dengan kempen Earth Hour. Pada 2008 kempen ini mula diterima ramai apabila ratusan juta orang diseluruh dunia menyertainya. Earth Hour diadakan di 4,000 kota di lebih dari 88 negara di dunia dan  mereka yang menyertai kempen ini telah mematikan lampu mereka selama satu jam untuk menyahut kempen ini.
Di Malaysia, kempen Earth Hour dilancarkan pada 16 Februari 2009. Ini adalah penyertaan pertama negara dalam misi membawa perubahan peringkat global ini. Malaysia secara rasmi telah menyertai kempen "Earth Hour 2009" yang diadakan serentak di seluruh dunia pada 28 Mac 2009. "Earth Hour" adalah sebahagian daripada aktiviti sempena Hari Bumi (Earth Day) yang disambut pada 22 April setiap tahun, semenjak 1970. Rakyat Malaysia, baik individu, perusahaan, pemilik premis bangunan dan personaliti popular sama-sama berganding bahu bertindak mengatasi perubahan iklim dunia. Antara pihak yang turut terbabit dalam penganjuran kempen pertama di Malaysia ialah Menara Kuala Lumpur, World Wide Fund For Nature (WWF) Malaysia dan agensi pengiklanan, Leo Burnett, Malaysia.

 



Kempen Earth Hour Yang Telah Diadakan Di Dalam Dan Di Luar Negara

Tujuan/ Objektif
Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pemanasan global yang semakin meningkat. Jadi dengan memadamkan lampu dan peralatan elektrik yang lain selama 1 jam (60 minit) diharap dapat memupuk masyarakat supaya lebih menghargai bumi dari pemanasan iklim global. Sasaran kempen ini juga adalah untuk mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida tahunan sebanyak 5 peratus, sekali gus mengawal fenomena pemanasan global.
 Kempen Earth Hour juga boleh mendidik seseorang secara tidak formal mengenai keperluan menjaga alam sekitar dan ia lebih menarik kerana memerlukan seseorang untuk terlibat sama dalam aktiviti yang diadakan. Pendidikan secara formal atau tidak formal, kedua-duanya penting untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai mengenai kesan buruk perubahan iklim dunia.

Isu Pemanasan Global
Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas walau pun pada waktu malam. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain.
Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global ialah penipisan lapisan ozon akibat pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon (CFC). Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba, hujan asid dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global.
 Punca Berlakunya Pemanasan Global

1. Jerebu
Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara akibat aktiviti manusia dan secara semulajadi. Fenomena jerebu ini boleh mengurangkan jarak penglihatan. Selain itu, jerebu juga boleh menjejaskan kesihatan manusia, misalnya kesukaran untuk bernafas.

                                           2. Penipisan Lapisan Ozon
Klorofluorokarbon (CFC) merupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas CFC terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk. Semasa CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan membebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis.Penipisan lapisan ini akan menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi dan boleh memberi kesan negatif kepada manusia seperti penyakit kanser kulit dan katarak mata.


                                            3. Kesan Rumah Hijau
Kesan rumah hijau adalah fenomena pemanasan bumi akibat banyak haba terperangkap dalam lapisan atmosfera dan menghalang pembalikan semula bahang dari bumi ke atmosfera. Haba dipantulkan semula ke bumi, atmosfera menyimpan lebih banyak haba dan bumi menjadi semakin panas. Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera.

                                              4. Pulau Haba Bandar
Pulau haba bandar merupakan fenomena atmosfera yang berkaitan dengan peningkatan suhu yang tinggi di dalam kawasan bandar berbanding kawasan sekitarnya. Ia berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar. Akibatnya kita boleh mendapat sakit kepala
.

                                                     5) Hujan Asid
Di kawasan perindustrian seperti Petaling Jaya, kilang membebaskan asap yang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Tindak balas gas ini dengan wap air dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh tumbuhan, merosakkan binaan, mencemarkan air dan mengancam hidupan air. Kesihatan manusia terjejas akibat kesan secara langsung hujan asid
.

6) Kemarau
Kegiatan manusia menebang hutan secara berleluasa akan mengurangkan kawasan tumbuh-tumbuhan. Kesannya, semakin kurang kelembapan dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan ke udara. Udara yang kurang lembap tidak akan membawa hujan dan kemarau pun berlaku.
Kesan Akibat Daripada Peningkatan Pemanasan Global
  1. Tahap pencairan salji di kutub utara semakin tinggi
  2. Paras air laut semakin meningkat
  3. Keluasan saiz daratan semakin mengecil
  4. Kejadian bencana alam seperti banjir, kemarau serta kebakaran hutan
  5. Meningkatnya masalah kesihatan yang mengancam kehidupan sejagat
  6. Menjejaskan keluaran hasil pertanian dan lain-lain

Langkah Untuk Menangani Pemanasan Global
  1. Kempen kesedaran tentang penjagaan alam sekitar mesti dilaksanakan secara berkesan oleh semua pihak.
  2. Penggunaan sumber tenaga yang mesra alam hendaklah diberikan keutamaan.
  3. Pendidikan tentang alam sekitar kepada generasi muda hendaklah ditekankan sejak di bangku sekolah lagi.
  4. Pendidikan alam sekitar kepada generasi tua juga penting dilaksanakan kerana segelintir daripada mereka hanya mementingkan kekayaan dan keuntungan semata-mata.
  5. Maklumat tentang kesan yang terjadi akibat pemanasan global dan kesan pencemaran alam hendaklah disebarkan dengan meluas dengan pelbagai cara.
  6. Pihak berwajib mestilah bersungguh-sungguh melakukan kajian agar fenomena pemanasan global dapat diminimumkan.
  7. Penanaman semula hutan mesti dilakukan segera.
  8. Program kitar semula mesti digiatkan.
  9. Mengurangkan kadar pelepasan gas karbon monoksida dengan mengurangkan penggunaan kenderaan sendiri.
  10. Mengawal dan seterusnya mengurangkan aktiviti rumah hijau.

Pencapaian Sasaran Kempen Earth Hour
1.    Pada tahun pertama, sebanyak 2.2 juta warga Australia menyokong kempen tersebut. Malah mercu-mercu tanda utama Australia termasuk Sydney Harbour dan Opera House juga telah digelapkan.
2.    Hasilnya amat membanggakan, bukan setakat mencapai sasaran pengurangan penggunaan tenaga sebanyak 5 peratus, malahan dua kali ganda berbanding sasaran asal iaitu sebanyak 10 peratus
3.    WWF mengajak penduduk dunia mengundi bumi bagi mencapai sasaran satu bilion undi yang akan dibentangkan kepada pemimpin dunia di Persidangan Perubahan Iklim Global (Global Climate Change Conference), di Copenhagen, Denmark.
4.    Persidangan itu bakal menentukan polisi kerajaan untuk bertindak terhadap ancaman pemanasan global menggantikan Protokol Kyoto.
5.    Protokol Kyoto adalah persetujuan dalam Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Perubahan Iklim (UNFCCC), yang diterima sejagat tentang perihal pemanasan global.
6.    Negara-negara yang bersetuju melaksanakan protokol ini telah menyatakan komitmen untuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan lima gas rumah kaca lain serta bekerjasama dalam perdagangan kontrak pembebasan gas.
7.    Jika berjaya dilaksanakan, Protokol Kyoto berupaya menurunkan kenaikan suhu global antara 0.02 °Celsius dan 0.28 °Celsius setahun sehingga tahun 2050.

Kesimpulan
Apabila berlakunya faktor-faktor di atas secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya peningkatan suhu kepada bumi. Kesan dan bahang pemanasan global juga telah mengganggu sistem cuaca dan iklim di negara kita secara tidak langsung. Iklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap sepanjang tahun telah tidak berada pada paras yang normal lagi akibat berlakunya peningkatan suhu ini.
Kesan pemanasan global hari ini berlaku akibat kemusnahan yang dicipta oleh manusia sendiri. Apabila bumi menerima tekanan demi tekanan akibat proses pembangunan melampau manusia, ia akhirnya akan meledakkan ‘kemarahan’ dalam pelbagai bentuk (bencana alam). Oleh itu, sayangi bumi kita dan selamatkan ia daripada musnah akibat sikap tamak kita sendiri......

Tuesday 11 October 2011

sains disekeliling kita





Sains, manusia dan alam sekitar amat berkait rapat dalam kehidupan seharian kita. Bahkan tanpa kita sedari dalam  kita menjalani kehidupan banyak kita bergantung harap pada sains. Sains dan kehidupan tidak dapat dipisahkan.